Polisi ini dikeluarkan oleh MoneyMatch Sdn. Bhd. (Syarikat No. 1133611-P) (“MoneyMatch”) terhadap data peribadi anda dan bagaimana kami memproseskan data tersebut. MoneyMatch mengendalikan dan menguruskan Data Peribadi yang diperolehi daripada pengguna-pengguna kami sebagai Subjek Data dan Data Peribadi tersebut akan dikendalikan selaras dengan Polisi Privasi ini bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat kami seperti yang dinyatakan dalam laman web kami(https://transfer.moneymatch.co/terms-and-conditions).
"Data Peribadi" merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan orang yang dikenalpasti atau orang yang boleh dikenalpasti (selepas ini "Subjek Data"); seseorang yang boleh dikenalpasti adalah seseorang yang boleh dikenalpasti, secara langsung atau tidak langsung, khususnya dengan merujuk terhadap ciri-ciri seseorang seperti nama, nombor pengenalan, data lokasi, pengenal pasti terhadap satu atau lebih faktor khusus terhadap fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya ataupun identiti sosial terhadap seseorang yang diperoleh MoneyMatch (bersama-sama dengan semua anak syarikatnya) sama ada melalui laman web dan/atau aplikasi mudah alih MoneyMatch ("platform MoneyMatch") dan/atau mana-mana media lain yang mana MoneyMatch dianggap perlu bagi membekalkan Perkhidmatan kepada pengguna-pengguna kami dan mematuhi semua undang-undang, perundangan, kerangka regulasi dan regulasi statutori yang berkaitan.
“Pengguna Data” adalah seseorang individu ataupun syarikat, organisasi, atau agensi lain yang membuat keputusan secara individu atau bersama dengan pihak lain mengenai tujuan dan cara memproses Data Peribadi.
“Pemproses Data” adalah seseorang individu ataupun syarikat, organisasi atau agensi lain yang memproseskan Data Peribadi bagi pihak Pengguna Data.
“Sub-Pemproses Data” adalah seseorang rakan kongsi kontrak Pemproses Data yang terlibat dalam menjalankan pemprosesan khusus bagi pihak Pengguna Data.
“Pihak Ketiga” adalah seseorang individu ataupun syarikat, pihak berkuasa, ejensi atau perbadanan kecuali Subjek Data, Pengguna Data, Pemproses Data dan sub-Pemproses Data dan sesiapa dibawah kuasa langsung Penggun Data, Pemproses Data dan sub-Pemproses data yang diberikuasa untuk memproses Data Peribadi.
“Perkhidmatan” yang dimaksudkan dalam Polisi Privasi adalah perkhidmatan-perkhidmatan MoneyMatch yang diberikan kepada pengguna-penggunanya pada platform MoneyMatch (seperti MoneyMatch Transfer, MoneyMatch Exchange dan lain-lain produk MoneyMatch) yang terdapat di laman web ataupun aplikasi mudah alih MoneyMatch.
“Pengguna-pengguna Kami” dalam Polisi Privasi ini membawa maksud individu-individu ataupun syarikat-syarikat yang didaftar, diluluskan, digunakan dan/atau bertransaksi di atas platform MoneyMatch yang mana akan menjadi Subjek Data terhadap Polisi Privasi ini.
Terma-terma yang digunakan dalam Polisi Privasi ini seperti pemprosesan, pengalihan data, kategori-kategori data, perlanggaran data peribadi dan langkah-langkah teknikal dan organisasi akan membawa maksud-maksud asal terhadapnya termasuk maksud-maksud yang relevan dalam mana-mana undang-undang perlindungan data peribadi (termasuk dan tidak terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan General Data Protection Regulations)
Polisi Privasi adalah polisi yang menetapkan pengendalian terhadap Data Peribadi pengguna-pengguna selama penggunaan platform MoneyMatch (termasuk permintaan kami untuk maklumat-maklumat dan/atau dokumen-dokumen) antara MoneyMatch dengan pengguna-pengguna platform kami dan Polisi Privasi ini juga akan digunakan sebagai tambahan terhadap Terma-Terma dan Syarat-Syarat kepada Perkhidmatan yang dibekalkan oleh MoneyMatch.
Anda sebagai pengguna-pengguna di sini mengakui, mengesahkan dan memberikan persetujuan kepada MoneyMatch untuk mengumpulkan maklumat-maklumat daripada anda pada pelbagai masa termasuk tetapi tidak terhad kepada apabila :-
- Pengguna-penggguna mendaftar di laman web kami dengan maklumat-maklumat seperti nama, emel, nombor telefon, umur, tarikh lahir, jantina, warganeagara, anggaran pendapatan, pekerjaan, no. telefon, pengenalan melalui telefon bimbit, alamat IP, lokasi, maklumat rangkaian social untuk menyambungkan butir-butir dengan maklumat akaun dan segala maklumat-maklumat yang relevan;
- Pengguna-pengguna menggunakan Perkhidmatan MoneyMatch seperti maklumat akaun, butiran akaun bank termasuk maklumat transaksi-transaksi tersebelum dengan MoneyMatch;
- Pengguna-pengguna membuat pertanyaan untuk maklumat lanjut ataupun sebut harga (yang mana sesuai);
- Pengguna-pengguna menghantarkan emel kepada MoneyMatch
- Pengguna-pengguna kami memberikan dokumen-dokumen pengenalan seperti (Kad Pengenalan, Paspot, Lesen Memandu, Visa dan/atau apa-apa bukti identifikasi dan bukti alamat;
- Kami melakukan semakan yang diperlukan terhadap pengguna-pengguna kami melalui apa jua forum dan/atau media dan/atau pangkalan data.
Platform MoneyMatch memberi kebebasan kepada pengguna-pengguna kami untuk mengubah dan membetulkan maklumat-maklumat masing-masing.
Platform MoneyMatch menggunakan ‘cookies’ untuk membezakan pengguna-pengguna kami antara satu sama lain atas platform MoneyMatch. Ini akan membantu kami untuk memberikan kepada pengguna-pengguna kami dengan suatu pengalaman lancar dan baik apabila melayari platform MoneyMatch dan juga membolehkan kami memperbaiki laman-laman kami.
Suatu ‘cookie’ adalah suatu fail huruf dan angka yang kecil yang diletakkan di atas pelayar anda ataupun hard drive komputer anda setelah anda bersetuju terhadap penggunaan ‘cookies’. ‘Cookies’ ini mengandungi maklumat-maklumat yang dipindah kepada hard drive computer anda.
Kami berkemungkinan menggunakan cookies untuk tujuan-tujuan yang berikut :
- ‘Cookies’ untuk operasi platform MoneyMatch – membolehkan pengguna-pegguna kami untuk log masuk ke kawasan selamat laman web kami
- ‘Cookies’ bertujuan untuk mengenal dan mengira jumlah pelawat-pelawat menavigasi sekitar platform MoneyMatch semasa pengguna-pengguna kami menggunakannya – membolehkan kami menaiktaraf platform MoneyMatch untuk kemudahan fungsi carian oleh pengguna-pengguna kami;
- ‘Cookies’ untuk mengenali anda apabila anda kembali kepada platform MoneyMatch – membolehkan kami untuk peribadikan kandungan-kandungan kami untuk anda dan mengingati pilihan anda;
- ‘Cookies’ untuk merekodkan lawatan anda ke platform MoneyMatch, laman-laman yang anda telah lawati dan juga pautan web yang diikuti – membolehkan kami memaparkan maklumat-maklumat yang lebih relevan kepada pengguna-pengguna kami.
Pengguna-pengguna kami boleh menghalang ‘cookies’ dengan mengaktifkan penetapan tersebut pada pelayar anda untuk menghalang segala bentuk ‘cookies’ ataupun sesetengah ‘cookies’. Walau bagaimanapun, sekiranya anda berbuat demikian, anda berkemungkinan tidak dapat mengakses kepada semua ataupun sebahagian platform MoneyMatch.
MoneyMatch sebagai Pengguna Data dan Pemproses Data akan bertanggungjawab terhadap segala taksiran sama ada Data Peribadi boleh diproseskan secara sah serta melindungi hak-hak pengguna-pengguna kami. MoneyMatch akan memastikan dalam skop tanggungjawabnya bahawa segala keperluan undang-undang adalah dipatuhi (i.e. memperoleh segala persetujuan daripada pengguna-pengguna) agar MoneyMatch boleh membekalkan Perkhidmatan melalui cara yang tidak melanggar undang-undang, regulasi-regulasi ataupun peraturan-peraturan.
MoneyMatch akan memproses Data Peribadi bagi tujuan perlaksanaan Perkhidmatan (kecuali di mana arahan-arahan dan/atau persetujuan yang didokumentasikan diperoleh dari pengguna-pengguna kami) dalam apajua cara yang diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan dan tidak menyebabkan MoneyMatch melanggar apa-apa undang-undang, regulasi-regulasi atau peraturan-peraturan yang relevan.
Sekiranya suatu undang-undang wajib dipatuhi menghalang MoneyMatch daripada mematuhi dengan arahan-arahan pengguna-pengguna ataupun memerlukan MoneyMatch untuk memproses dan/atau menzahirkan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga, MoneyMatch pasti akan memaklumkan kepada pengguna-pengguna tentang keperluan perudangan ini secepat mungkin kecuali di mana MoneyMatch dilarang dari segi undang-undang untuk memaklumkan yang sama kepada pengguna-pengguna kami.
Segala Data Peribadi yang diperoleh MoneyMatch daripada pembekalan Perkhidmatannya adalah sulit di mana MoneyMatch tidak akan memberikan atau membolehkan Data Peribadi ini didapati oleh mana-mana Pihak Ketiga tanpa persetujuan pengguna-pengguna kecuali di mana MoneyMatch menggunakan Data Peripadi untuk tujuan membekalkan Perkhidmatannya di mana Sub-Pemproses akan mematuhi Polisi Privasi MoneyMatch bersama-sama dengan segala keperluan ketidakdedahan maklumat sulit.
MoneyMatch akan memastikan bahawa semya orang yang memiliki akses kepada Data Peribadi pengguna-pengguna (ejen-ejen dan pekerja-pekerja) adalah berdasarkan keperluan pengetahuan di mana kesemuanya tertakluk kepada obligasi-obligasi kesulitan maklumat.
MoneyMatch akan memastikan bahawa segala bentuk-bentuk teknikal dan organisasi adalah dikekalkan dan diteruskan untuk melindungi Data Peribadi daripada kecuaian kehilangan, kerosakan, perlupusan, perubahan, penzahiran tanpa otoriti ataupun akses terutamanya dimana pemprosessan meliputi penghantaran data melalui rangkaian dan daripada apa-apa bentuk pemprosesan yang menyalahi undang-undang.
Dengan mengambil kira darjah, sifat, skop, konteks dan tujuan pemprosesan dan juga risiko kemungkinan dan keterukan hak-hak dan kebebasan perniagaan-perniagaan, MoneyMatch beriltizam bahawa langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai telahpun dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesulitan, integriti, ketersediaan dan daya tahan terhadap sistem-sistem pemprosesan dan Perkhidmatan.
MoneyMatch komit bahawa MoneyMatch telah menyediakan prosedur-prosedur untuk mengawal dan mengenal pasti apa-apa akses tanpa kebenaran ataupun haram terhadap penggunaan Data Peribadi. Ini termasuk pemeriksaan kerap, penilaian untuk memastikan sekuriti dalam pemprosesan atas dasar yang berterusan selaras dengan panduan-panduan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
Sekiranya MoneyMatch menerima suatu aduan, permintaan, pertanyaan atau komunikasi daripada pengguna-pengguna kami dan/atau apa-apa badan-badan pengawalseliaan yang berkaitan terhadap pemprosesan Data Peribadi atau terhadap pematuhan MoneyMatch terhadap undang-undang Perlindungan Data yang relevan, maka MoneyMatch perlu dengan secepat mungkin dan dalam apa jua keadaan, tidak melebihi 7 hari bekerja untuk memaklumkan kepada pengguna-pengguna kami dalam memberikan butir-butir yang sama pada aras yang dibenarkan menurut undang-undang.
Kecuali diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang dan regulasi-regulasi, MoneyMatch tidak akan membalas kepada apa-apa permintaan, aduan, pertanyaan ataupun komunikasi tanpa persetujuan pengguna-pengguna kami yang terdahulu kecuali dimana untuk mengesahkan bahawa permintaan-permintaan tersebut berkait dengan pengguna-pengguna kami dan akan memberikan pengguna-pengguna kami kerjasama sepenuhnya, maklumat dan bantuan terhadap yang sama tetapi tidak terhad kepada pembetulan, penghapusan dan penghalangan Data Peribadi.
Dengan mengambil kira sifat pemprosesan, MoneyMatch akan memastikan bahawa segala langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai setakat mana boleh dilaksanakan untuk mematuhi obligasi-obligasi MoneyMatch untuk membalas kepada permintaan-perminataan terhadap pengguna-pengguna kami dalam penguatkuasaan hak mereka. Di mana pengguna-pengguna kami bertanya kepada kami secara langsung terhadap penguatkuasaan hak-hak mereka, kami akan menghulurkan segala bantuan untuk memastikan pematuhan terhadap obligasi-obligasi MoneyMatch di bawah segala undang-undang, perlindungan data termasuk melaksanakan apa-apa penilaian impak data perlindungan terutamanya terhadap pemprosesan risiko tinggi.
Sekiranya suatu perlanggaran terhadap Data Peribadi telah berlaku, MoneyMatch akan memaklumkan perlanggaran tersebut secepat mungkin dan tidak lebih lama dari 5 hari bekerja selepas menyedari terhadap perlanggaran Data Peribadi dan memberikan butir-butir yang sewajarnya berkaitan dengan subjek prelanggaran Data Peribadi tersebut.
Notifikasi perlanggaran Data Peribadi tersebut akan dihantar kepada emel yang didaftar pengguna-pengguna kami yang perlu meliputi pada masa notifikasi atau secepat mungkin selepas notifikasi tersebut :-
- Penghuraian terhadap sifat perlanggaran Data Peribadi termasuk dimana boleh, kategori dan anggaran nombor subjek data terlibat dan juga kategori dan anggaran nombor rekod Data Peribadi yang terlibat;
- Nama dan butiran perhubungan kakitangan yang bertanggungjawab terhadap penggunaan data pengguna-pengguna kami untuk pertanyaan yang relevan;
- Penghuraian terhadap akibat-akibat yang berkemungkinan berlaku terhadap perlanggaran Data Peribadi; dan
- Penghuraian terhadap langkah-langkah yang telah di ambil ataupun yang akan diambil untuk menguruskan perlanggaran Data Peribadi, termasuk di mana sesuai, langkah-langkah mitigasi kesan buruk.
MoneyMatch akan memberikan segala maklumat-maklumat dan bantuan yang diperlukan terhadap apa-apa tindakan yang perlu di ambil sebagai tindak balas terhadap perlanggaran Data Peribadi dibawah undang-undang perlindungan data yang relevan.
Kecuali dimana diperlukan oleh undang-undang yang wajib, MoneyMatch tidak akan mendedahkan apa-apa pernyataan, komunikasi, notis, siaran akhbar atau laporan tentang perlanggaran Data Peribadi ataupun memaklumkan yang sama kepada pihak berkuasa data perlindungan tanpa persetujuan yang sediaada daripada pengguna-pengguna kami yang terlibat.
Sekiranya terdapat keperluan undang-undang data perlindungan, MoneyMatch akan mengekalkan rekod-rekod yang lengkap, tepat dan terkini terhadap aktiviti-aktiviti pemprosesan yang dilakukan bagi pihak Pengguna Data menurut kepada undang-undang perlindungan data dan memberikan rekod-rekod tersebut atas permintaan anda kepada MoneyMatch.
Di mana perlaksanaan Perkhidmatan melibatkan permindahan Data Peribadi diluar European Economic Area, MoneyMatch akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk perlindungan Data Peribadi tersebut menurut undang-undang data perlindungan.
Anda bersetuju bahawa melalui pendaftaran di platform MoneyMatch, anda telah bersetuju untuk menerima bahan-bahan pemasaran langsung dan transaksi daripada MoneyMatch (i.e. emel, mesej pendek dan notifikasi aplikasi) dan menerima yang sama khusus diperibadikan kepada pengguna-pengguna kami.
Sekiranya pengguna-pengguna kami pada mana-mana masa ingin menarik balik persetujuan mereka terhadap Polisi Privasi ini dan/atau untuk memadamkan ataupun membatalkan akaun anda pada platform MoneyMatch, sila maklumkan kami melalui emel <customer.support@moneymatch.co> di mana kami akan membalas pertanyaan dan permintaan anda dalam tempoh kurang daripada 3 hari bekerja.
Pengguna-pengguna kami berhak untuk menyemak sama ada kami menyimpan apa-apa Data Peribadi terhadap anda, akses terhadap apa-apa Data Peribadi terhadap pengguna-pengguna kami dan berhak untuk memastikan kami untuk membetulkan dan/atau memindakan apa-apa ketidaktepatan dan/atau kesilapan dalam Data Peribadi yang disimpan terhadap pengguna-pengguna kami.
MoneyMatch memelihara segala hak untuk meminda Polisi Privasi ini pada mana-mana masa dan notis terhadap pemindaan ini akan dimaklumkan kepada pengguna-pengguna kami melalui emel berdaftar mereka ataupun melalui apa-apa cara MoneyMatch berpendapat sesuai. Dengan penggunaan berterusan platform kami selepas apa-apa pindaan dan pertukaran yang dikuatkuasakan, maka anda telah bersetuju untuk ditaklukkan terhadap polisi yang dipinda.
Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, komen-komen dan/atau permintaan terhadap Data Peribadi, sila hubungi kami melalui telefon di +603-30993889 ataupun emel kami di <customer.support@moneymatch.co>.